News
Event
2020/4/30
Adakah Susu Kambing Sesuai Untuk Anda Dan Apakah Kebaikan

Adakah Susu Kambing Sesuai Untuk Anda?

 

 

Di Eropah, susu kambing terkenal kerana kesukaran untuk mendapatkannya dan mempunyai kualiti yang premium. Walaubagaimanapun, hal ini berbeza bagi negara-negara di Asia bahkan ada yang mengatakan bahawa ia kurang berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dengan pelbagai pendapat yang berbeza, orang ramai tentunya tertanya-tanya yang mana satukah yang benar.

 

Menurut Dr Rizal Abu Bakar, susu kambing adalah susu yang sangat berkhasiat di mana khasiatnya adalah lebih tinggi berbanding dengan susu lembu [1]. Dalam artikel ini, kita akan melihat tentang kelebihan susu kambing.

 

 

Menguatkan Tulang Secara Semula Jadi

 

Susu kambing secara semula jadinya kaya dengan kalsium. Satu gelas susu kambing mengandungi sehingga 300mg kalsium yang merupakan 1/3 daripada keperluan untuk kanak-kanak berbanding kandungan kalsium dalam susu lembu iaitu sehanyak 125mg [2].

 

Kalsium baik untuk perkembangan tulang kita, mineral tulang seperti kalsium berfungsi bersama dengan fosforus untuk memelihara kesihatan tulang pada tahap yang optimum. Oleh itu, kalsium mampu mengekalkan kekuatan tulang kita dan mencegah penyakit yang berkaitan dengan tulang rapuh seperti osteoporosis dan osteopenia. Bukan itu sahaja, susu kambing juga kaya dengan vitamin D yang bergabung dengan kalsium untuk meningkatkan penyerapan mineral tulang ke dalam tubuh kita.

 

Walaupun susu lembu dan susu soya juga mengandungi vitamin D dan kalsium, beberapa kajian mendapati bahawa selain daripada mikro-nutrien bermanfaat, komposisi protein bagi susu kambing telah dikaitkan dengan mekanisme anti-osteoporosis dan telah menunjukkan tanda-tanda penyembuhan bagi pesakit dengan penyakit artritis rematik (rheumatoid arthritis) [3] [4].

 

 

Mengurangkan Keradangan

 

Walaupun sebelum populariti secara mendadak bagi formula susu kambing dan susu kambing, susu kambing segar diketahui umum sebagai kurang menghasilkan keradangan. Ini kerana susu kambing kaya dengan vitamin A, vitamin C dan vitamin E semulajadi yang penting dalam menyelaraskan sistem imun kita dan mengurangkan keradangan. Dan menurut kajian lain, susu kambing mengandungi prebiotik semulajadi yang dapat mengurangkan keradangan usus dan dengan secara tidak langsung menjadikan sistem pencernaan yang lebih sihat [6] [7].

 

 

Menjadikan Kulit Wajah Sihat

Susu kambing kaya dengan Trigliserida Rantaian Sederhana (MCT) yang seperti namanya, bermaksud ukuran molekulnya lebih pendek berbanding asid lemak biasa yang terdapat dalam susu lembu. Walaupun MCT secara sendirinya tidak dapat memperbaiki kulit, ia dapat membantu penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A dan vitamin E yang banyak disebut sebagai ramuan terbaik untuk memiliki kulit yang cantik.

 

 

Mudah Untuk Dicerna 

Terdapat 2 aspek bagi susu kambing yang menjadikannya lebih mudah dicerna berbanding dengan susu lembu iaitu Trigliserida Rantaian Sederhana (MCT) yang telah kita sebutkan sebelum ini di mana oleh kerana rantaiannya yang lebih pendek, maka ia lebih mudah untuk dicernakan. Bahan lain dalam susu kambing yang menjadikannya lebih mudah dicerna adalah Beta-casein yang merupakan jenis casein yang dapat membentuk dadih yang lebih lembut dan kurang padat di dalam perut kita. Kedua-dua ramuan ini membolehkan susu kambing lebih mudah untuk dicernakan.

 

 

 Baik Untuk Pesakit Gastrik

PH bagi susu kambing yang telah dipasteurisasi berada di antara tahap 5-6 di mana ia lebih beralkali berbanding susu lembu yang telah dipasteurisasi. Ini adalah petanda baik bagi mereka yang mengalami masalah gastrik kerana susu biasa mungkin tidak sesuai dengan mereka kerana makanan dengan pH rendah lebih cenderung menjadikan gastrik lebih kronik [8].

 

 

Baik Untuk Pesakit Intoleransi Laktosa Yang Sederhana

Laktosa adalah gula yang berhasil secara semulajadi dalam susu haiwan seperti susu kambing, susu lembu dan susu kambing biri-biri. Walau bagaimanapun, susu kambing mengandungi laktosa lebih rendah berbanding susu lembu dan oleh itu, ia sesuai diambil buat mereka yang mempunyai intoleransi laktosa yang sederhana. Menurut pelbagai kajian, kira-kira 65% populasi manusia mempunyai kemampuan untuk mencerna laktosa yang berkurangan selepas fasa bayi [9]. Dan daripada jumlah tersebut, mereka yang keturunan Asia Timur paling banyak menghadapi masalah intoleransi laktosa [9].

 

Gejala intoleransi laktosa biasanya tidak serius tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti kembung perut, loya dan cirit-birit.

 

 

Selain daripada kebaikan susu kambing di atas, apa lagi komen daripada pengguna Karihome pula?

Sistem Keimunan dan Karihome

Masalah Kulit Kanak Kanak dan Karihome

Pertumbuhan Optimum dan Karihome

 

 

Adakah Susu Kambing Selamat Untuk Diminum

 

Jawapannya ialah bergantung kepada jenama dan jenis susu kambing yang diberi untuk kanak-kanak. Susu segar tidak kira susu kambing, susu lembu atau susu soya adalah sangat bahaya untuk diberi kepada kanak-kanak yang bawah setahun kerana ia mengandungi zat-zat dan protein yang terlalu compleks untuk dihadam oleh usus kanak-kanak yang bawah setahun. 

 

Tetapi jika susu kambing tersebut telah dirumuskan dengan nutrisi yang diperlukan untuk kanak-kanak. Jenama tersebut adalah selamat untuk kanak-kanak. 

 

 

 

Perbezaan Karihome dengan Susu Kambing Segar

 

Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin selamat untuk kanak-kanak. Selain itu, cara pemprosesan susu kambing juga unik dan tidak memerlukan proses pemanasan yang tinggi. Oleh itu, nutrisi semula jadi susu kambing dapat dikekalkan. 

 

Terdapat 3 jenis SKU Karihome di pasaran sekarang iaitu: 

 

Karihome Step 3 Growing-Up Formula: Untuk kanak-kanak 1-3 tahun

https://www.karihome.com.my/ms-MY/product/index/MY_main01/myproduct_01

Karihome Step 4 Pre-School Formula: Untuk kanak-kanak 4-6 tahun

https://www.karihome.com.my/ms-MY/product/index/MY_main01/myproduct_02 

Karihome Whole Goat Adult Milk: Untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas 

https://www.karihome.com.my/ms-MY/product/index/MY_main01/myproduct_03

 

Adakah anda berminat untuk mencuba Karihome Susu Kambing?

Dapatkan Trial Pack pada harga RM9.9 sahaja

 

Reference

[1] https://neuroversiti.com/khasiat-susu-kambing/

[2] https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/?query=ndbNumber:1175

[3] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25816630

[4] https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2214024715000520

[5] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15448424

[6] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16484541

[7] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16484541

[8] https://www.healthline.com/health/acid-foods-to-avoid

[9] https://ghr.nlm.nih.gov/condition/lactose-intolerance

 

 

 

Back